Kuala Lumpur – Susulan kecaman hebat netizen gara-gara memuat naik video yang dianggap mengh.ina golongan B40, personaliti media sosial Ryzal Ibrahim menganggap perkara itu sebagai satu bentuk pengajaran buat semua.
Kata Ryzal atau Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 31, video yang dihasilkan olehnya itu menggambarkan realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling kita yang mana ramai suka berbelanja di luar kemampuan diri.
Perkara itu berlaku dalam kehidupan kita. Ia bukanlah satu h.inaan yang saya herdik seseorang. Tapi sebenarnya saya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai.
Niat Nak Sedarkan Masyarakat

Apabila saya cuba beri kesedaran, mereka sepatutnya berterima kasih. Mungkin lawak saya terlalu mendalam dan mereka tidak nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan, katanya.
Ryzal ditemui ketika majlis siang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke35 ABPBH35 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Kata Ryzal lagi, ramai yang memberikan pendapat agar dia menghasilkan lebih banyak kandungan berbentuk Islamik memandangkan isterinya, Maryam You Narae, 31, merupakan seorang mualaf berasal dari Korea Selatan.
Enggan ambil pusing dengan pelbagai komen diterima, Ryzal berkata dia tetap dengan pendirian tidak akan membuat permohonan maaf berhubung k.ontroversi video berkenaan.
Saya pernah tekankan sebelum ini bahawa tidak perlu minta maaf kerana saya tidak rasa bersalah. Tetapi mungkin selepas ini akan lebih berhati-hati dalam memuat kandungan di media sosial.
“Apabila berkahwin dengan seorang mualaf, ramai yang mahu saya buat kandungan berbentuk Islamik. Harapan orang adalah sebegitu sedangkan saya masih boleh melakukan kandungan lain seperti biasa,” jelasnya.
Baru-baru ini Ryzal memuat naik sebuah video menggambarkan kehidupan hariannya seperti golongan B40.
Namun apa yang menjadi kekecohan dalam kalangan netizen adalah ketika dia berbelanja barangan jenama mewah dan kelihatan seperti golongan T20.
Untuk makluman, golongan B40 adalah mereka yang memiliki pendapat isi rumah bawah RM 4,850 sebulan.
Sementara itu, mengulas isu tatu pada tangan isterinya yang menjadi bualan netizen, Ryzal berkata dia tidak mahu memaksa Maryam untuk membuangnya kerana ia bukanlah satu paksaan dalam Islam.
“Saya tidak pernah gesa untuk dia buang. Mengikut pandangan Islam pun ia tidak perlu. Kalau menyakitkan lebih baik tidak perlu,” jelasnya.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.