Skip to content
Skip to content

gempakz.com

Berita Gempak Terkini Buat Netizen

Subscribe
    • Home
    • Viral
    • Tangan Anak Sulung Rita Rudaini Patah. Rita Rudaini Akhirnya Dedahkan Punca Sebenar Kenapa

    Tangan Anak Sulung Rita Rudaini Patah. Rita Rudaini Akhirnya Dedahkan Punca Sebenar Kenapa

    Admin Gempakz13 May 202313 May 2023
    Advertisements

    PUNCA kecederaan pada bahagian tangan anak pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan terjawab apabila aktres itu memaklumkan ia akibat kemalangan ketika bermain bola sepak.

    Menurut Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, anak sulungnya itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami patah pada bahagian tangan kanan sehingga perlu menjalani pembedahan.

    “Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. InsyaAllah boleh main lagi sebab bukan patah kaki.

    “Mummy cakap pakcik-pakcik dia main bola jatuh berguling, kena tackle tapi tak ada patah tangan. Rayyan tanya macam mana mereka buat?

    “Haa, itu nanti jumpa Rayyan tanyalah,” katanya.

    rita1 - 1

    Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

    Gara-gara insiden itu, Rita berkata anaknya mengalami tekanan kerana tidak boleh menggunakan sebelah tangannya buat masa ini.

    “Rayyan kadang-kadang down. Emosi tak tentu juga. Kadang dia okay cakap banyak, kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan saja boleh guna.

    “Susah untuk dia bergerak. Insya Allah Mummy selalu doa semoga dipermudahkan,” ujarnya.

    Pada Khamis lalu, Rita memuat naik video menunjukkan keadaan Rayyan yang sedang menerima rawatan di hospital.

    Pelakon filem Mami Jarum itu bagaimanapun tidak terus berkongsi punca kecederaan yang dialami Rayyan dan meminta peminat untuk menantikan episod yang seterusnya.

    “Kejadian minggu lepas, hari pertama sekolah. Selepas cuti hari raya. Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan.

    “Sebab…. bersambung episod 2,” katanya.

    VIDEO:

    Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka bercerai pada September 2013.

    Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

    Sumber : MSTAR ONLINE

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

    Post navigation

    Previous: Teruk Dikecam Sebab Buat Video Pasal B40, Ryzal Ibrahim Tampil Jelaskan Nak Bagi Netizen Faham
    Next: Ramai Terkejut Lihat Keadaan Terkini Pelakon Fasha Sandha. Dia Dedah Satu Rahsia Buat Ramai Tak Sangka

    Related Posts

    Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

    12 July 2023 Admin Gempakz

    Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana
    • Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut
    • Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka
    • Aksi Bergolek Teruk Elly Mazlein Dikecam Teruk Oleh Orang Ramai,Skali Ini Respon Padu Elly Mazlein
    • Pohon Doa, Anak Datuk Siti Nurhaliza Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Aafiyah

    Archives

    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023

    Categories

    • Berita
    • Hiburan
    • Viral
    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.