Aliff mahu fokus melakukan kebaikan.
TIMBUL rasa takut dalam diri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dengan kematian selepas melihat ramai dalam kalangan rakan-rakannya meninggal dunia di usia muda.
Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, insaf dengan perkara itu, dia kini mengambil langkah untuk mendekatkan diri dengan agama selain mengamalkan kehidupan sihat.
“Jujur saya beritahu saya takut dengan kematian. Saya takut dengan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat.
Aliff mahu lebih dekatkan diri kepada Allah.
“Saya nak kurangkan bersosial. Saya nak banyakkan makan makanan sihat. Banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau saya mati nanti ada benda nak dikenang,” katanya kepada mStar.
Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka AshaHanim yang diadakan di Glamhall, Damansara, pada malam Jumaat.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah mula melakukan solat berjemaah bersama keluarga dan mahu memastikan anak-anaknya pandai untuk menguruskan perniagaan mereka.
Kata Aliff, dia mahu pergi menghadap Illahi dalam keadaan tenang dan bukannya ketika menerima kecaman ramai.
“Jujurnya saya kini sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan sekarang ini saya cuba untuk membaca al-Quran bagi mendekatkan diri dengan Allah.
“Saya nak pastikan anak-anak saya sudah mula pandai berbisnes kerana saya mahu tarik diri, saya nak relaks dekatkan diri dengan Allah.
“Sekarang ini dunia saya terlalu sibuk. Bila saya tengok kawan-kawan saya yang meninggal dunia awal, pelakon-pelakon yang telah menghadap Ilahi, saya tergerak untuk meninggal dalam keadaan yang tenang dan tidak mahu dikecam,” ujarnya.
Usahawan kosmetik itu bagaimanapun sempat memberikan peringatan kepada masyarakat untuk terus melakukan kebaikan kerana tidak mahu diri terjeremus dalam kehidupan sosial.
Tambah Aliff, kekayaan yang dimiliki di dunia adalah sementara, sebaliknya dia kini lebih memikirkan tentang pengakhiran kehidupannya.
Aliff baharu menyambut kelahiran cahaya mata keenam.
“Saya selalu berfikir bila rakan-rakan saya yang terlalu bersosial, saya bersyukur nasib baik hidup saya tidaklah terlalu berlebihan.
“Saya menyeru kepada semua buatlah kebaikan. Kalau tak mampu daripada segi wang ringgit, bantu orang daripada segi tenaga.
“Sebab nak jadi popular dan kaya ini seronok. Saya percaya satu benda, kaya adalah satu dugaan dan miskin juga satu ujian,” katanya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.