Biar hanya dapat membawa seorang sahaja anaknya pulang ke kampung di Kedah meraikan 1 Syawal, hari raya pelakon dan pengarah, Farid Kamil tetap bermakna.
Pelbagai aktiviti dilakukan bersama permata hati serta anggota keluarga sebaik tiba di desa tercinta di Sungai Petani termasuk ambil angin di sebuah pusat peranginan.
Malah Farid sempat berkongsi pengertian penutup Ramadan dengan memuat naik hantaran berkenaan rutin keluarga besarnya yang bersolat jemaah apabila berkumpul beramai-ramai.
“Selamat malam hari raya. Semoga ibadah Ramadan tetap diteruskan. Insya-Allah,” tulisnya menerusi perkongsian yang dimuatnaik malam tadi.
Suami kepada aktres Diana Danielle itu muat naik momen yangaa memperlihatkan anak sulungnya, Muhammad, 10, di saf hadapan dengan sepupunya, Mateen yang juga putera kepada Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.
Menerusi hantaran di Insta Story pula, Farid, 42, memuat naik video Muhammad sedang melaungkan azan di kediaman orang tuanya.
Sebelum itu, mereka anak beranak kelihatan meluangkan masa bersama di sebuah pusat peranginan.
Netizen Keliru Dgn Kapsyen Farid Kamil
Ada yang kurang faham dengan kapsyen yang diletakkan oleh pelakon Farid Kamil ketika sambut Hari Raya bersama anak sulungnya di Kedah.
Gambar Raya Pertama 2022 dan Raya pertama 2016.. Nyatakan 5 perbezaan ketara
Baru sempat Upload gambar2 Raya. Meriah Raya Utara tahun ni. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Ada yang memberitahu kena lihat semula posting raya tahun lepas Farid Kamil jadi baru akan mengerti maksud sebenar kapsyen tersebut.
Sumber : K! Online / Farid Kamil IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.