Skip to content
Skip to content

gempakz.com

Berita Gempak Terkini Buat Netizen

Subscribe
    • Home
    • Viral
    • Sah,Shuib kini tunang Watie Hanifiah, Ini Tarikh Nikah Mereka!! Tak Lama Dah Tu..Semoga Dipermudahkan Urusan Shuib Dan Watie

    Sah,Shuib kini tunang Watie Hanifiah, Ini Tarikh Nikah Mereka!! Tak Lama Dah Tu..Semoga Dipermudahkan Urusan Shuib Dan Watie

    Admin Gempakz6 May 2023
    Advertisements

    PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah pada Sabtu.

    Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

    Pada majlis itu, Shuib turut membawa tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie.

    shuib3 - 1

    Shuib akhirnya bakal mendirikan rumah tangga semula.

    Manakala Watie pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

    Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun ini.

    Sementara itu, Shuib menerusi Instagram miliknya mengesahkan berita pertunangannya dengan Watie

    Tampil menggayakan sepasang baju Melayu lengkap bersamping rona hijau pucuk pisang turut memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

    “Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah saya baru sahaja lepas melangsungkan pertunangan bersama dengan Watie.

    “Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Insya Allah. Doakan tau. Selamat hari raya,” katanya.

    Pada April, Shuib mengesahkan bakal memperisterikam Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

    Kata Shuib, sebanyak 30 peratus persiapan perkahwinan telah dibuat namun mengakui berasa malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya nanti.

    “30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini.

    “Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan-kawan pun saya rasa malu.

    shuib2 - 1

    Watie menjadi pilihan hati Shuib.

    “Insya Allah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak pada Jun ini,” katanya.

    Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

    Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

    Post navigation

    Previous: Setelah Berdiam Diri,Anak Arwah Ridzuan Hashim Buka Mulut Cerita Kenapa Ayah Dia Sorok Penyakit
    Next: Sudah kurang Berkinja Kinja, mula solat jemaah bersama keluarga,Ini Pendedahan Alifsyukri Sebab Kenapa Sangat Mengejutkan

    Related Posts

    Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

    12 July 2023 Admin Gempakz

    Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana
    • Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut
    • Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka
    • Aksi Bergolek Teruk Elly Mazlein Dikecam Teruk Oleh Orang Ramai,Skali Ini Respon Padu Elly Mazlein
    • Pohon Doa, Anak Datuk Siti Nurhaliza Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Aafiyah

    Archives

    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023

    Categories

    • Berita
    • Hiburan
    • Viral
    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.