Skip to content
Skip to content

gempakz.com

Berita Gempak Terkini Buat Netizen

Subscribe
    • Home
    • Viral
    • Sah!! JannaNick Dan Dini Selamat Diijabkabul,Ditanya Soal Anak,Tak Sangka Ini Jawapan Yang Keluar Dari Mulut JannaNick

    Sah!! JannaNick Dan Dini Selamat Diijabkabul,Ditanya Soal Anak,Tak Sangka Ini Jawapan Yang Keluar Dari Mulut JannaNick

    Admin Gempakz10 June 202310 June 2023
    Advertisements

    SETELAH lama berteka teki, pelakon Janna Nick akhirnya sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya aktor Dini Schatzmann dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Masjid A’ishah Sungai Menghulu, Langkawi pada pagi Sabtu.

    Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan disaksikan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Langkawi iaitu Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

    Pada majlis tersebut Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,603 berserta seutas rantai emas.

    0G4A1399

    Dini dan Janna kini sah suami isteri.

    Difahamkan ia merupakan adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.

    Upacara pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga beberapa rakan artis yang rapat dengan pasangan mempelai.

    Dalam pada itu Janna berkata, dia sedikit gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan memandangkan akan mengubah status hidupnya.

    “Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.

    “Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya.

    Sementara itu, Dini pula megakui teruja untuk memikul tanggungjawab sebagai suami serta berharap perkahwinan mereka diberkati Allah SWT.

    Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi.

    DINI SCHATZMANN

    PELAKON

     

    “Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.

    “Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami. This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” ujarnya.

    Bercakap mengenai bulan madu, Dini berkata, dia memilih Koh Lipe sebagai destinasi bulan madu pertamanya.

    0G4A1422

    Janna sebak semasa majlis pernikahan.

    Manakala soal anak pula, pasangan berkenaan sepakat untuk menyerahkan soal rezeki pada Allah.

    Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

    Sebelum ini, kecoh mengatakan hubungan cinta antara Janna dan Dini berakhir apabila aktres berkenaan memuat naik pelbagai status di Instagram menggambarkan perasaannya pada Disember tahun lalu

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

    Post navigation

    Previous: “Kalau Berjaya, Mak Tak Senyum Lagi, Kalau Kahwin, Siapa Nak Datang?” – Luahan Zul Ariffin
    Next: Rakam Video Jodoh Langgar Bahu, Ramai Tegur Zizan Dan Pelakon Ahirine Sebab Ada Benda Tak Elok

    Related Posts

    Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

    12 July 2023 Admin Gempakz

    Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana
    • Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut
    • Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka
    • Aksi Bergolek Teruk Elly Mazlein Dikecam Teruk Oleh Orang Ramai,Skali Ini Respon Padu Elly Mazlein
    • Pohon Doa, Anak Datuk Siti Nurhaliza Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Aafiyah

    Archives

    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023

    Categories

    • Berita
    • Hiburan
    • Viral
    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.