Kuala Lumpur – Puteri Sarah Liyana, 38, mengakui perkara yang paling dikesalkan ketika ini ialah berkahwin dengan Syamsul Yusof, 39.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang disifatkan terbaik dalam hidupnya.
Puteri Sarah turut menyifatkan Syamsul sebagai lelaki na.rsisistik iaitu sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.
Hari ini, Puteri Sarah juga memadam semua hantaran dibuatnya sebelum ini di Instagram mengenai ko.nflik rumah tangga mereka kerana sudah penat dengan urusan perceraian yang belum selesai.

Dia juga sudah tidak peduli sekiranya Syamsul mahu membayar nafkahnya atau tidak kerana dia tidak mahu sesen pun harta Syamsul.
Saya padam semua hantaran saya sekarang bukan kerana takut, tetapi saya sangat penat. Serius, saya penat dengan semua drama ini.
Kepada Mohd Shamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau jawab kat akhirat nanti. Saya hanya mahu keluar dari perkahwinan t.oksik ini.
Saya hanya mahu teruskan kehidupan dan bergembira dengan anak-anak saya. Mama dan papa akan sentiasa kekal pada saya sebagai mama dan papa hingga ke syurga.
U nak menang?. U ambillah semua harta u. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku, tulisnya.
Tidak hanya itu, Puteri Sarah juga memuat naik video berdurasi satu minit dan 31 saat untuk menjelaskan segala terbuku di hatinya dengan linangan air mata.
Katanya, dia tidak mahukan harta Syamsul kerana boleh bekerja mencari rezeki dan meminta diceraikan secara baik untuk mencari kebahagiaan sendiri selepas sekian lama tidak mendapat layanan dan kasih sayang sebagai isteri yang sewajarnya.
Reaksi Dari Syamsul Yusof
Dalam masa yang sama, Syamsul turut memuat naik perkongsian ilmu agama daripada Ustazah Asma Harun.
Hadis ini memberi peringatan kepada kita. Nabi bersabda, sesungguhnya Allah enggan memalingkan wajah atau enggan memandang seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami dan dia tidak memerlukan suaminya. Allahuakbar.

Ini ujian kepada wanita hari ini yang bekerjaya contohnya. Wanita yang berdikari contohnya, sampai peringkat dia kata, terkeluar daripada mulut dia. Saya ni suami ada atau tiada, sama je ustazah.
Sebab semua saya tanggung, saya tak perlu pun ada suami. Suami saya macam tak berfungsi pun ustazah?.
“Allahuakbar sebab apa inilah ujian bagi wanita. Itu bagi yang ada suami. Dalam keadaan tersebut, wanita terlalu mudah terleka dan boleh rasa s.ombong dengan kelebihan yang Allah berikan.
Sebab dia rasa bangga dengan apa yang dia ada, dia rasa lebih hebat dan sebagainya. Nauzubillahminzalik.
Di padang mahsyar kelak, Allah memalingkan wajah, Allah b.enci kepada wanita yang tidak berterima kasih kepada suaminya dan juga tidak merasakan keperluan kepada suaminya. Sampai dia buat tak endah dan sebagainya, atau terkeluar kata-kata seumpama tadi.
Sementara itu, semakan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi semangat kepada Puteri Sarah untuk terus bersabar dan teruskan perjuangannya.
Mereka juga mendoakan Puteri Sarah mendapat pembelaan diri dan anak-anak daripada ke.melut rumah tangga berpanjangan itu dengan kejayaan berpihak kepadanya juga.
Pada 18 April lalu, Syamsul tidak jadi melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah di M.ahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, selepas kedua-dua belah pihak didapati gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.