Kuala Lumpur – ‘Dia banyak ajar saya tentang kehidupan.’
Demikian perkongsian MK K-Clique apabila ditanya alasan pemilihan usahawanita, Siti Hajaar untuk menjadi suri hatinya.
Jelas MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, kehadiran Siti Hajaar dalam hidupnya ibarat memanusiakan dirinya untuk menjadi individu yang lebih baik.
Hajaar banyak mengajar saya tentang kehidupan, cara percakapan lebih baik dan yang adab sebelum ini saya tidak tahu.
“Dia juga banyak memberi teguran terutama membabitkan industri hiburan, jangan buat itu, jangan buat ini, jaga batas dan sebagainya,” katanya.

Paling utama kongsi MK, kehadiran wanita terbabit mematangkan dirinya baik dari sebagai manusia biasa mahupun sebagai seorang selebriti.
Dia juga bantu saya menjaga penampilan untuk kelihatan lebih presentable dan berkeyakinan.
“Tingkah laku dan pemikiran matang Siti Haajar yang sangat matang membuatkan saya memilih dia untuk menghuni hati saya,” kata MK usai majlis akad nikah yang berlangsung semalam.
Ramai Yang Terluka
Diajukan soalan sama kepada Hajaar, wanita itu tersipu malu seraya menjawab layanan MK yang baik menjadi nilai tambah buat penyanyi kacak itu untuk menawan hatinya.
“Cara layanan MK terhadap saya sangat baik,” respons Hajaar secara ringkas sambil tersenyum lebar.
MK dan Siti Hajaar yang sebelum ini mengikat pertunangan pada 7 Mei sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Jamiil Huda, Ampang, sekitar pukul 9.35 pagi semalam.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.