Kuala Lumpur – Tampil dengan imej yang ramping selepas mendapat rawatan mata akibat kem.alangan di set pengambaran, ramai yang bertanya soal perubahan fizikal pelakon hebat, Fasha Sandha.
Malah, jika dilihat di laman Instagram miliknya, ramai dalam kalangan peminat meminta tip yang diamalkan olehnya.
Sekadar info, Nur Fasha Sandha Hassan merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2002 ketika berusia 18 tahun dan disifatkan sebagai seorang pelakon yang kerap membawa watak wanita m.alang dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.
Punca Perubahan Diri
Pelakon Fasha Sandha terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian kontrak untuk sebuah drama yang memerlukan dirinya kurus mendadak.

Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram kerana mengamalkan diet pemakanan yang ketat selain baru sahaja selesai menjalani ibadah berpuasa.
Memang saya turun banyak berat badan iaitu sebanyak 10 kg. Banyak faktor saya kehilangan berat badan. Selain berpuasa, saya juga menjaga pemakanan.
“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama pada bulan Jun nanti. Syarat dalam drama tersebut saya kena nampak kurus dan telah menandatangani perjanjian,” jelasnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Global Station, semalam.
Ujar pelakon berusia 39 tahun itu lagi, untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan, dia tidak mengambil daging dan ayam pada hari Isnin sehingga Jumaat dan hanya mengamalkan pengambilan ikan sahaja.
Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin sehingga Jumaat. Saya cuma makan ikan sahaja. Tapi hari minggu Sabtu dan Ahad, saya akan makan apa sahaja.
“Tapi saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga,” katanya.
Walaupun menginginkan bentuk badan yang kurus, Fasha berkata, dia enggan dilihat seperti orang sakit seperti yang dikatakan segelintir peminatnya.
Ujar pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 itu, dia tidak mahu dilihat seperti orang tidak sihat kerana terlalu kurus dan akan mengawal bentuk badannya supaya tidak kelihatan kurus keterlaluan.
Saya memang nak kurus. Tapi biarlah kurus yang nampak sihat. Buat apa kurus tapi nampak macam orang sakit.
“Harap saya boleh kekalkan bentuk badan seperti sekarang. Takut juga lupa diri sebab saya senang naik berat badan sebenarnya,” kata Fasha.

Menyentuh tentang keadaan mata kirinya selepas insiden kemalangan di lokasi penggambaran pada Mac lalu, Fasha yang ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Global Station berkata, dia masih belum melakukan pembedahan walaupun tulang matanya masih lagi p.atah.
Kata Fasha, dia menunda dahulu untuk melakukan pembedahan kerana mahu menyambut lebaran terlebih dahulu selain melepaskan beberapa komitmen lain walaupun mata kirinya masih belum sembuh sepenuhnya.
Sepatutnya kena buat pembedahan. Tapi sebab nak beraya, jadi saya tunda dahulu. Tulang mata masih lagi p.atah walaupun luka luaran sudah sembuh.
“Pandangan mata kiri pun masih kabur lagi. Selepas komitmen kerja saya selesai, baru saya akan lakukan pembedahan segera,” jelasnya.
Pada2 Mac lalu, Fasha telah dikejarkan di sebuah h.ospital di selatan tanah air selepas mengalami kecederaan pada mata kirinya apabila terhentak pada bucu katil sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama bersama pelakon, Azhan Rani.
Akibat in.siden tersebut, Fasha mengalami p.atah tulang mata kiri selain pendarahan bebola matanya, bengkak.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.