Kuala Lumpur – Pelakon, Ahirine Ahirudin berkongsi sebuah video membuat trend TikTok Langgar Bahu Jodoh bersama aktor terkenal, Zizan Razak.
Video berdurasi 21 saat itu dimuat naik oleh Ahirine menerusi akaun TikTok miliknya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Sekadar info, Ahirine Ahirudin ialah seorang wartawan, pengacara, penulis, pelagakngeri dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah anak kepada pengamal media berpengaruh, Ahirudin Attan.

Kerjaya lakonan Ahirine bermula pada 2020 apabila beliau ditawarkan membintangi filem RempIt 2 arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil, namun filem itu belum ditayangkan, beliau paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Jijah dalam filem komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie yang mengetengahkan dialek Negeri Sembilan.
Dukung Zizan
Menerusi video tersebut, Ahirine berkongsi momen-momen bersama Zizan yang mencuit hati ramai, lebih-lebih lagi apabila aktres itu mengangkat atau mendukung aktor filem Polis Evo 3 itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik kedua-dua aktor ini agar mereka bersatu kerana nampak serasi bersama.
Malah, netizen juga turut terkesima apabila melihat Ahirine dengan senang mendukung Zizan seolah-olah membuktikkan dirinya sangat kuat.
Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang sempat memberikan pesanan kepada Ahirine untuk tidak menyakitkan hati Zizan.
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 1.9 juta tontonan, 135,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.
Kredit : TV3/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.