Kuala Lumpur – Susulan tuduhan hidup mewah hasil penggubahan wang haram, penyanyi Black Hanifah memberitahu ia mula memberi kesan kepada kesihatan mentalnya sehingga mengalami s.erangan gangguan kebimbangan anxiety.
Black atau Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, berkata, tekanan turut memuncak apabila turut berdepan dengan masalah pengurusan dalam perniagaan sehingga tak dapat melelapkan mata.
Apa yang keluar ini semua jadi punca saya penat buat kerja, ada pula cerita macam ini.
Tambah lagi ada seorang kaki tangan vila di Langkawi terlibat dengan kemalangan. Jadi saya bertambah tertekan.

Sekadar info, Hanifah bin Muhammad Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor. Pada masa itu, Black merupakan anak didik kepada Ratu Dangdut, Mas Idayu.
Terima Kasih Yang Mendoakan
Saya tak tidur seharian semalam dan sebab itu dapat s.erangan anxiety, katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Black sebelum itu berkongsi video dia pergi mendapatkan nasihat doktor di sebuah pusat perubatan di Shah Alam berhubung masalah dihadapinya itu.
Dalam pada itu, Black berkata, atas nasihat doktor dia diminta mengambil ubat untuk mengawal masalah tekanan yang sedang dihadapinya.
Bagaimanapun Black memilih untuk berehat dan enggan berfikir masalah yang sedang melanda dirinya.

“Saya tidak mahu bergantung kepada ubat. Jadi saya pilih jalan untuk berehat. Doktor pun nasihat untuk saya buat perkara yang disukai,” ujarnya.
Sejak beberapa hari lalu timbul gosip mendakwa Black memiliki sebuah kapal layar mewah hasil penggubahan wang haram.
Menyangkal tuduhan jahat itu, Black sebaliknya memberitahu apa dimiliki hari ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.