Kuala Lumpur – Penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau dimasukkan ke H.ospital Teluk Intan di sini sejak petang semalam selepas mengadu sesak nafas.
Menurut anaknya, Mohd. Zaini, keadaan bapanya kini stabil dan boleh bercakap namun mengadu kepenatan.
Sekadar info, beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.
Semoga Cepat Sembuh
Semalam, bapa mengadu sesak nafas lalu kami membawanya ke HTI dan dia dirawat di wad kecemasan pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Pada pukul 5 petang, bapa dimasukkan ke wad biasa.
Pemeriksaan oleh doktor mendapati bapa mengalami k.encing manis tinggi gula, dia juga sesak nafas dan kini masih ditahan di wad.
“Keadaannya sekarang sudah stabil, boleh makan sedikit sedikit, dia juga sudah boleh bercakap cuma dia tak larat duduk lama, kerana akan rasa penat,” katanya.

Pada September lalu, Daud Kilau dimasukkan ke h.ospital sama selepas mengadu sesak nafas.
Penyanyi berusia 85 tahun itu mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap k.encing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil.
Ini menyebabkannya mengambil keputusan tidak lagi membuat persembahan pentas dan beliau lebih banyak berbaring di rumah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.Kredit : Kosmo/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri