Skip to content
Skip to content

gempakz.com

Berita Gempak Terkini Buat Netizen

Subscribe
    • Home
    • Viral
    • Pohon Doa Orang Ramai, Pelakon Zarina Zainoordin Risau Masih Belum Kahwin Bila Lihat Umur

    Pohon Doa Orang Ramai, Pelakon Zarina Zainoordin Risau Masih Belum Kahwin Bila Lihat Umur

    Admin Gempakz29 May 202329 May 2023
    Advertisements

    Kuala Lumpur – Tak sangka sampai sekarang saya belum kahwin lagi. Umur dah nak cecah 40. Bercinta dari zaman sekolah tapi tak kahwin lagi.

    “Dulu saya fikir lepas sekolah dah nak kahwin. Orang yang pernah berkawan dengan saya bekas kekasih semuanya dah kahwin dan ada anak. Saya sahaja belum,”.

    Sekadar info, Zarina memulakan kerjaya awalnya di Yayasan Warisan Johor. Beliau merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia Musim 2 telah tersingkir pada minggu keenam iaitu pada 17 Julai 2004.

    Selain itu, beliau juga merupakan anak saudara kepada Salwa Abdul Rahman, penyanyi era 1980an. Sejak Februari 2016, beliau merupakan salah seorang DJ di radio Best FM.

    Kredit Gambar

    Doakan Segera Dipertemukan Jodoh

    Demikian kata pelakon dan penyanyi Zarina Zainoordin mengulas status terkininya yang masih solo tanpa suami.

    Zarina yang mula dikenali menerusi 
    program realiti, Akademi Fantasia musim kedua berkata, dalam keluarganya, hanya dia yang belum kahwin.

    Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey.

    Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja.

    “Normallah orang nak tanya. Kalau yang perli-perli suka hati merekalah. Benda itu bukan kerja kita,” katanya ditemui pada majlis Hari Raya anjuran i QIYI di sebuah hotel Rabu lalu.

    Pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini bagaimanapun mengakui sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu.

    Saya nak kahwin, nak sangat. Cuma untuk kahwin belum tahu waktunya kerana kami masing-masing jenis cari duit. Dia berusia 52 tahun dan berstatus dua anak.

    Tunggulah dia fokus pada anak-anak sampai besar sikit. Dia seorang ahli perniagaan dan kami kenal menerusi kawan-kawan.

    “Dialah teman lelaki yang paling lama saya berkawan. Tak sangka juga saya paling lama kawan dengan dia,” katanya.

    Zarina berkata, hubungannya dengan bekas kekasih sebelum ini terputus kerana tidak sefahaman.

    Saya seorang wanita bekerjaya yang terlampau garang, tegas dan apa pun tak boleh. Lelaki pun tak tahan dengan sikap saya. Sekarang saya dah rendahkan ego, tidak panas baran lagi. Saya mengaku dulu memang jenis panas baran sedikit.

    “Rasanya saya lebih kena dengan pasangan yang lebih tua kerana dulu kekasih saya muda. Kekasih sekarang pandai ambil hati,” katanya.

    Menurutnya, dia berada dilandasan yang betul kerana kekasihnya memahami perasaannya.

    Pada saya, cinta tolak soal kedua. Dia tak kacau kerja saya dan saya tak kacau kerja dia. Keluarga pun dah kenal sangat dia.

    Namun untuk cakap fasal rumah tangga agak susah. Saya pun tak nak lambat-lambat. Apapun saya bersyukur dikelilingi oleh mereka yang memahami.

    “Yang bagusnya mereka tak pernah tanya termasuk emak. Kalau emak desak, saya boleh tertekan dibuatnya,” katanya yang meminta semua pihak mendoakannya segera bertemu jodoh.

    Kredit : HM/FB

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

    Post navigation

    Previous: Masih Ingat Pelakon Popular Irma Hasmie? Lama Tiada Khabar! Sebak Tengok Perkongsian Terbaru Irma Hasmie
    Next: Dirakam Pandu Kereta Mewah, Jep Sepahtu Dipuji Tak Menunjuk. Ini Harga Kereta Buat Ramai Terkejut

    Related Posts

    Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

    12 July 2023 Admin Gempakz

    Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana
    • Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut
    • Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka
    • Aksi Bergolek Teruk Elly Mazlein Dikecam Teruk Oleh Orang Ramai,Skali Ini Respon Padu Elly Mazlein
    • Pohon Doa, Anak Datuk Siti Nurhaliza Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Aafiyah

    Archives

    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023

    Categories

    • Berita
    • Hiburan
    • Viral
    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.