Kuala Lumpur – Anak gadis pelakon terkenal Azhar Sulaiman sekali lagi mengundangkontroversi apabila memakai gaun panjang menunjukkan bahagiandadanya.
Menerusi satu hantaran video dibuat rakan Kasih Iris Leona, mereka berdua dilihat melakukan transisi penukaran baju daripada baju tidur ke dress.
Namun, pakaian yang dikenakan Leona mengejutkan netizen apabila ianya terdedah di bahagiandada.
Di ruangan komen, orang ramai segera ke akaun TikTok Azhar Sulaiman mengadu mengenai hal itu.
Ada segelintir netizen berpendapat Leona tak pernah serik dikecamdan tak mengambil serius teguran ramai.

Reaksi Dari Azhar Sulaiman
Terdahulu, Kasih Iris Leona yang kini sedang menyambung pelajaran di luar negaradikecam gara-gara memakai bikini putih ketika mandi manda di sebatang sungai.
Bapanya, Azhar Sulaiman menerima tempias apabila ramai yang memintanya menasihati anak.
Baru-baru ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona kembali menjadi perbualan orang ramai selepas dia memuat naik video memakai bikini bewarna putih di laman sosial miliknya.

Susulan daripada tindakan tersebut, Azhar tampil memohon maaf di atas kesalahananak perempuanya yang berusia 21 tahun itu.
Menerusi hantaran video di TikTok, Azhar berkata, dia tidak sempat untuk menonton video berkenaan apabila Leona yang juga seorang pempengaruh media sosial sudah pun memadam klip tersebut.

Saya tidak sempat tengok video bikini putih Leona. Apa pun saya bersyukur sebaba Leona dah padam video tersebut dan tidak memanjangkan lagi perkara ini.
Jelas aktor berusia 51 tahun itu lagi, sebagai bapa, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.
Saya sebagai ayah kepada dia sama seperti ibu bapa lain, sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Saya harap juga Leona akan belajar daripada perkara ini dengan cepat.
Kredit : Kosmo/OM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.