Kuala Lumpur – Sejak semalam, nama Leona menjadi bahan bualan hangat netizen apabila dia memuat naik sebuah video sedang bercuti dan memakai pakaian mencolok mata iaitu bikini berwarna putih.
Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap gadis berusia 24 tahun itu tidak sensitif berkaitan hal agama.
Sekadar info, Kasih Iris Leona Azhar merupakan selebriti internet Malaysia. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 beradik, bapanya ialah Azhar Sulaiman.

Kasih Iris Leona ialah anak bongsu daripada 3 beradik kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman bersama isterinya, Chempaka Emalin Pahamin yang mana beliau merupakan kembar kepada abangnya, Andika Rees Pahamin.
Azhar Lega Leona Padam
Pelakon Azhar Sulaiman bersyukur anak perempuannya yang juga pempengaruh Kasih Iris Leona sudah memadam videonya berbikini yang tular sejak semalam.
Pada masa sama, Azhar juga berharap netizen tidak lagi memanjangkan isu berkenaan selepas anak gadisnya memadam video tersebut sehingga menjadi bualan hangat orang ramai.
Saya tak sempat tonton video Leona berbikini putih.
“Apapun saya rasa bersyukur kerana Leona sudah padam video tersebut dan tak memanjangkan lagi perkara ini,” katanya dalam sebuah video hari ini.

Sama seperti ibu bapa lain, pelakon drama Keluarga Iskandar itu mendoakan agar Leona dapat mempelajri sesuatu daripada perkara ini.
“Seperti ibu bapa lain, kami juga mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Saya harap Leona akan belajar dengan cepat,” ujarnya.
Sebelum ini, Leona kerap menjadi mangsakecaman netizen kerana tindakan beraninya berkongsi foto dengan berpakaian seksi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.