Kuala Lumpur – Kehadiran pelakon Puteri Sarah Liyana ke majlis pernikahan pasangan selebriti sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi hari ini, menerima pandangan pelbagai peminat.
Ada dikalangan mereka mempertikaikan kehadiran Puteri Sarah pada majlis berkenaan sedangkan dia gagal ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor untuk memfailkan jawapan afidavit terhadap permohonan lanjutan injuksi yang dibuat suaminya, Syamsul Yusof pada 8 Jun lalu atas alasan sakit mata.
Terdahulu, pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, tidak dapat hadir pada sebutan semula kes injunksi interparte kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini, susulan kekangan dialami masing-masing.
Peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, anak guamnya tidak dapat hadir kerana kurang sihat dan sakit mata.

Syamsul tidak dapat datang pada sebutan hari ini kerana ada kegiatan membabitkan industri yang perlu diselesaikan, katanya.
Netizen Komen, Puteri Sarah Balas
Kata sakit mata tak boleh datang mahkamah. Ni elok saja, tulis seorang warga maya. Komen ini mendapat respon Puteri Sarah yang membalas dengan jawapan tersendiri.
“Ya memang hari itu sakit mata. Dah lima hari. So sakit mata tak akan sembuh ke? Kena sakit mata sampai kiamat,” tulisnya sinis dengan disertai dengan emoji ketawa.
Bagaimanapun rata-rata pengikut Puteri Sarah menyambut positif perkongsian gambarnya bersama pasangan suami isteri terbabit.
Sarah, 37, berkongsi perasaannya menerusi Instagram apabila menulis kata-kata yang menyentuh perasaan.
Terima kasih atas persahabatan indah yang kita kongsikan. Saya berbesar hati untuk melihat kamu berkahwin dengan orang istimewa buat kamu.

“Dan saya mendoakan kamu berdua hidup bahagia selama-lamanya,” tulisnya yang melahirkan perasaan teruja melihat pasangan itu.
Terdahulu Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, dan Dini atau Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di Langkawi, jam 8.35 pagi ini.
Selain Puteri Sarah, rakan-rakan artis lain yang hadir antaranya Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Nadia Brian, Mawar Rashid dan Dayah Bakar.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.