Skip to content
Skip to content

gempakz.com

Berita Gempak Terkini Buat Netizen

Subscribe
    • Home
    • Viral
    • Farid Kamil Luahkan Rasa Sayang Bertambah Tambah Pada Isteri Dia. Sekali Ini Respond Diana Danielle

    Farid Kamil Luahkan Rasa Sayang Bertambah Tambah Pada Isteri Dia. Sekali Ini Respond Diana Danielle

    Admin Gempakz2 June 20232 June 2023
    Advertisements

    Pelakon Farid Kamil meluahkan bahawa kasih sayangnya terhadap isteri, Diana Danielle semakin bertambah-tambah selepas sekian lama tidak bersua muka.

    Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, berkata, harapannya untuk kembali bersatu dengan isteri tidak pernah punah meskipun diduga pelbagai cabaran rumah tangga.

    “Harapan masih sama seperti dahulu. Rasa sayang saya semakin bertambah-tambah.

    “Harapnya hari ini dapatlah saya bertentang mata dengan isteri saya (Diana Danielle),” katanya kepada Kosmo! Online sesampainya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini, sekitar pukul 2.38 petang sebentar tadi.

    Diana membisu seribu bahasa, Farid tebak ‘dalam hati siapa yang tahu’

    Pelakon Diana Danielle hanya membisu seribu bahasa apabila ditanya tentang rasa sayang suaminya Farid Kamil kini bertambah-tambah.

    Selepas prosiding sulh selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson hanya membisikkan atau memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi sambil tersenyum.

    “Alhamdulillah,” bisik Diana, 32, perlahan sambil meninggalkan pekarangan mahkamah dan masuk ke kenderaan persendirian miliknya.

    Dalam pada itu, Farid ketika ditemui pula berkata, dia tidak sempat berkomunikasi dengan Diana secara bertentangan mata namun katanya, itu tidak mengapa.

    “Tiada berkomunikasi secara depan-depan. Tapi, mungkin di dalam hati, siapa yang tahu (ketawa).

    “Saya letakkan kepercayaan kepada Allah SWT untuk dapatkan isteri dan anak-anak kembali. Seratus peratus saya percaya kepada Allah SWT,” katanya.

    Terdahulu, Diana atau nama lengkapnya, Diana Diana Danielle Danny Beeson, 32, hadir ke mahkamah sekitar pukul 2.12 petang.

    Hari ini, prosiding sulh kedua berlangsung selepas Diana tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.

    Sebelum ini, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

    Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

    Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

    VIDEO:

    Sumber : K! Online

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

    Post navigation

    Previous: Teruk Kena Hemtam Sebab Netizen Tak Suka!! Ini Jawapan Padu FashaSandha Sebab Dia Bergambar Dengan Kazarr
    Next: “Harga artis veteran mahal!” – Aris Ariwatan setuju sertai Gegar Vaganza jika Penganjur Tawar hadiah ini

    Related Posts

    Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana

    12 July 2023 Admin Gempakz

    Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka

    24 June 202324 June 2023 Admin Gempakz

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana
    • Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut
    • Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka
    • Aksi Bergolek Teruk Elly Mazlein Dikecam Teruk Oleh Orang Ramai,Skali Ini Respon Padu Elly Mazlein
    • Pohon Doa, Anak Datuk Siti Nurhaliza Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Aafiyah

    Archives

    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023

    Categories

    • Berita
    • Hiburan
    • Viral
    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.