PENYANYI Rohana Jalil menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam, Selasa.
Berita sedih pemergian penyanyi berusia 68 tahun itu disahkan oleh rakan artis iaitu Zur Eda yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga.
“Ya, kak Ana (Rohana Jalil) kembali ke Rahmatullah pukul 11.33 malam.
“Dia meninggal dunia di sisi keluarga,” katanya ringkas kepada mStar.
Pada Isnin lalu, pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Jepun memaklumkan Rohana berada dalam keadaan stabil, namun keadaan tubuhnya dilaporkan terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.
Rohana tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu merawat penyanyi itu.
Kuman akibat kebocoron usus itu telah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
Untuk rekod, Rohana mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shakira Idora dan Syakila Nisa atau lebih dikenali sebagai Kilafairy.
Rohana merupakan pemenang bagi pertandingan Bintang RTM pada 13 Januari 1981 yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Antara lagu-lagu yang pernah dipopularkan Rohana termasuk Rayuanku, Resah Ku, Naluri Cinta dan Jangan Main Mata
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.