Kuala Lumpur – Sebelum ini pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita gembira kelahiran anak keenamnya di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi Jumaat.
Menurut Rebecca, 37, bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara pembedahan dengan berat 2.71 kilogram dan proses kelahiran berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi.
Aktres berkenaan turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat dirinya dan bayi.
Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang penuh barakah hari ini pada pukul 8.30 pagi, saya telah melahirkan anak lelaki dalam keadaan pembedahan yang seberat 2.71 kilogram dan ketinggian 34 sentimeter.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan buat saya dan bayi lelaki ini,” katanya menerusi Instastory.
Rebecca bagaimanapun masih belum berkongsi wajah cahaya matanya itu dan hanya menggunakan emoji cinta bagi menutupi bahagian muka.
Dalam pada itu, Rebecca turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman, 55, kerana sentiasa berada di sisi sepanjang proses melahirkan bayi mereka.
Pengalaman Beranak
Beranak normal VS Czer? Mana lebih perit? Ada orang kata lelaki tak faham dengan pengorbanan wanita bersalin. Aku nak berpihak pada sape ni?.

Dengar perbincangan podcast ni pasal bersalin dan pengalaman Datin Rebecca sendiri yang dah mempunyai 9 orang anak pada usia 30an. Banyak benda korang boleh belajar.
Dia pengalaman ada cerita sebenarnya. Ceritanya saya takut beranak buat sedap,” ujarnya sambil tersipu malu apabila diusik oleh Rosyam Nor.
Saya takut beranak sebenarnya. Jadi, sewaktu hamilkan anak pertama selepas dua tahun berkahwin, saya ada masalah dan menangis di saat-saat mahu melahirkan, menangis pada mak saya.
Saya takut ni, tak dapat nak bayangkan macam mana terbuka itu ini. Saya membayangkan. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya doktor.
Sekadar info, Podcast Hitam Putih diacarakan bersama oleh Datin Seri Adzliana Dato Sri Prof Dr Hasan dan Datuk Rosyam Nor.
Podcast Hitam Putih yang diterbitkan sebanyak 15 episod memulakan siaran pertama pada 21 Mei 2023 serentak di platform YouTube Usanita dan Suhan Channel. Program ini disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga bersama Nur Azman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4 dan Nor Aurora Riana, 4.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.