Kuala Lumpur – Hadir bersama seorang wanita sambil berpaut tangan pada majlis Malam Gala Filem Polis Evo 3, semalam bukanlah bererti pelakon Sharnaaz Ahmad kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, ketika ditemui berkata, dia lebih selesa menyifatkan wanita itu sebagai kawan.
Sekadar info, Sharnaaz berkahwin dengan ahli perniagaan, Noor Nabila Mohd Noor yang merupakan kakak kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, pada 31 Mac 2017. Bersama Nabila, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu bersempena dengan ulang tahun kelahiran Sharnaaz yang ke33. Pasangan ini memfailkan perceraian secara hakam pada 9 Julai 2020.
Tidak Terlalu Mengongkong
Tiada apa, kami masih dalam fasa berkawan. Saya okay sahaja bawa si dia ke majlis ini, sebab saya berkawan dengan semua orang, katanya ringkas.

Terdahulu, Sharnaaz pernah memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.
Malah, nama pelakon baharu, Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas rakan baik bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix pernah terlepas menyebut nama pelakon berkenaan.
Bertanya mengenai dakwaan mengongkong kekasihnya, Sharnaaz berkata, sekiranya mengawal, ia adalah untuk kebaikan.
Saya rasa kalau saya kawal sekali pun, saya yang kawal. Kenapa nak sibuk? Suka hati saya nak buat apapun.
Bagi saya, kawal tandanya peduli, kalau tak kawal, tidak peduli. Ikut dia nak jadi apa, itu hak dia, tetapi kawal ada banyak fasa.
Kalau kawal, tandanya mahu si dia menjadi yang terbaik.
“Kalau kawalan terlalu merepek, merepeklah jadinya. Kalau kawal ke arah kebaikan, apa salahnya daripada jadi mat rempit atau b.ohsia,” katanya.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah membuat kenyataan bakal teman wanitanya mestilah seorang yang boleh menambat hati anaknya, Jebat Jayden. Namun, Sharnaaz tidak boleh menjawab sama ada teman wanitanya disukai anaknya ataupun tidak.
“Yang itu kena tanya Jebat, saya tak berani nak bercakap. Bagi saya, apa yang saya lihat, ia boleh diteruskan lagi, kita tengok sejauh mana,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai pembabitannya menerusi filem Polis Evo 3, Sharnaaz berkata, dia sudah memberikan yang terbaik menerusi filem arahan Syafiq Yusof sehingga terpaksa melalui pembedahan hidung berikutan adegan lasak dijayakan.
Sebenarnya saya banyak berhadapan dengan kesakitan ketika menjayakan filem ini. Antaranya, saya ada masalah gigi, setiap hari.
Mungkin kedengaran lucu, tetapi cubalah berlakon ketika sakit gigi. Jadi, saya bergelut dengan kesakitan dan banyak benda lain lagi seperti kece.deraan di lutut.
Malah, saya kena menjalani pembedahan hidung berikutan habuk di lokasi penggambaran selepas menjayakan filem ini.
Bagi saya, itulah satu memori indah bagi saya. Jujurnya, saya tidak kisah soal bayaran kerana mahu menjayakan filem ini.
Disebabkan itu, saya berbangga dapat menjadi sebahagian francais Polis Evo, katanya.
Polis Evo 3 bakal menjengah 165 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei ini.
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini mengangkat kredibiliti pasukan polis negara dan Polis Evo 3 masih mengekalkan elemen aksi komedi.
Turut membintangi, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish dan ramai lagi.
Kredit : BH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.