Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menolak lanjutan perintah injuksi exparte sebelah pihak pengarah Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Ia berhubung permohonan Syamsul, 39, menghalang Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di mana-mana platform media sosial.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes tersebut didengar secara interparte kedua-dua pihak namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.
Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu memfailkan jawapan terhadap injuksi exparte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

Mahkamah Tolak Lanjut Injuksi Syamsul
Dalam pada itu, Akberdin ketika ditemui pemberita berkata, sekiranya Syamsul ingin melanjutkan perintah tersebut dia perlu memfailkan permohonan yang baharu di mahkamah.
Injuksi berkenaan difailkan pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu pada 24 April lalu sebelum mahkamah meluluskan permohonan berkenaan sehari kemudian.
Jangka hayat perintah berkenaan hanya selama 30 hari dan akan tamat pada 27 April 2023.
Dalam perkembangan sama, Puteri Sarah berkata, dia sendiri sudah mengambil langkah memulakan hidup baharu dan enggan lagi mengulas mengenai isu rumah tangganya dengan Syamsul.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia sudah meluahkan semua yang terbuku di dalam hati dalam sebuah video pada akhir Ramadan lalu dan ia penjelasan terakhir mengenai kemelut melanda rumah tangga mereka.
“Saya sudah tidak mahu bercakap fasal dia, saya nak teruskan hidup. Hari terakhir puasa tempoh hari adalah video terakhir saya mengenai dia Syamsul. Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan,” katanya.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.