BERANG tidak dipanggil dengan gelaran ‘abang’ atau ‘baby’ oleh pekerja restoran, seorang lelaki bertindak agresif dengan membaling kerusi selain menengking staf di premis berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, kejadian yang berlaku pagi Ahad di sebuah restoran sekitar Putra Height bermula apabila suspek meminta seorang pekerja restoran memanggilnya dengan panggilan manja tersebut.
Namun pekerja tersebut tidak menuruti permintaan suspek dan memanggilnya dengan panggilan ‘pakcik’.
“Setelah pekerja menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan oleh suspek, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda kedai tersebut.
“Suspek bertindak membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Wan Azlan, bungkusan yang dibaling suspek terkena pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun, namun didapati tiada kecederaan.
Katanya, suspek juga telah membaling beberapa biji kerusi di dalam premis berkenaan dan juga menendang meja beberapa kali sehingga mendatangkan ketakutan dan gangguan kepada pelanggan lain yang berada di dalam restoran.
Ujarnya, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dilakukan.
“Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya menyalurkan maklumat jika terlihat suspek melalui no telefon 03-78627100 Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya.
“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh A/L Ganasan di talian 011-33094457. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.
Terdahulu, video yang memaparkan seorang lelaki berbaju kuning mengamuk di sebuah restoran menjadi tular di media sosial sehingga mengundang spekulasi ramai.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.