Kuala Lumpur – Setelah sekian lama tidak aktif di Instagram, pelakon jelita, Datin Seri Zizie Izette, 45, kembali berkongsi foto terbaharu di laman sosial terbabit.
Penampilan terbaharu pelakon, Datin Seri Zizie Izzete yang semakin cantik mendapat perhatian netizen.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Zizie kelihatan begitu berseri, malah Zizie juga kelihatan begitu ayu dengan senyuman manis yang terukir dibibir sewaktu fotonya
dirakamkan.
Selain itu gaya pemakaian Zizie yang sudah berubah juga menjadi perbualan hangat netizen.
Ada dalam kalangan netizen yang memuji Zizie kini kelihatan cantik sama seperti patung popular iaitu
Barbie.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan Zizie kelihatan semakin muda seperti anak dara.
Netizen Cakap Dah Nampak Lain
Memuat naik gambar sempena sambutan Syawal, Zizie anggun mengenakan busana rona hijau sedondon bersama anak-anaknya untuk meraikan 1 Syawal.
Di hari kedua Aidilfitri, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2003 itu manis memperagayakan busana warna ungu lembut.
Di ruangan komen, rata-rata rakan dan pengikut Zizie teruja dengan kemunculan semula aktres berbakat ini di platform Instagram.
Peminat turut meluahkan kerinduan untuk melihat perkembangan anak-anak yang sering dikongsikan Zizie sebelum ini laman sosial terbabit.
Sekadar info, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ketua U.MNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 2009.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 6 dan Aaleph Zeke Izette, 6, serta Aalisa Belle Izete, 4.
Selain itu, Zizie dan suami juga mempunyai dua anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 8, dan Aaric Zayn Izete, 6.
Kredit : TV3/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.