Shah Alam – Nama Datuk Adi Putra sangat popular sebagai pelakon drama dan juga filem di Malaysia. Mungkin ramai tak tahu Adi Putra pernah menjadi seorang model terkenal sejak berada di Singapura lagi. Kehidupannya semakin memuncak kerana perniagaannya juga semakin dikenali ramai.
Sekadar info, beliau dilahirkan sebagai Mohd Hadi Putera bin Halim di Singapura. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik dan berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal Singapura.
Adi memulakan kerjaya awalnya sebagai budak penghantar Pizza Hut, kemudian bekerja sebagai kakitangan kedai serbaneka 7Eleven dan seterusnya bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin.

Dikatakan Seorang Jutawan
“Saya hanya meminjam daripada Allah,” kata pelakon, Datuk Adi Putra ketika diminta mengulas mengenai satu artikel di sebuah portal yang mendedahkan dia memiliki kekayaan sebanyak AS 5 juta bersamaan RM 21.9 juta.
Adi ketika ditemui di sidang media pelancaran filem AirForce The Movie Selagi Berny.awa hari ini berkata, angka yang didedahkan itu tidak penting berbanding hala tuju dirinya sebagai hamba Allah.
Angka itu diberikan orang dan boleh jadi lebih dan boleh jadi kurang. Namun, ia hanya angka dan apa yang lebih penting adalah hala tuju kita sebagai manusia dan hambaNya.
Apa yang perlu kita lakukan dengan tanggapan ini adalah perspektif secara keseluruhan adalah lumrah. Kalau nak menjawab ya atau tidak, saya tidak boleh kerana saya hanya meminjam daripadaNya saja, katanya.
Adi juga meminta supaya tidak ada pihak yang menggelarkan dia jutawan kerana dia lebih selesa bergerak di belakang tabir.

Kalau boleh janganlah gelar saya jutawan. Saya lebih selesa bergerak di belakang tabir. Saya rasa semua dapat melihat sendiri di media sosial saya.
Ada sesetengah pihak yang menunjukkan kemewahan mereka di laman sosial, itu hak mereka. Bagi saya, saya lebih suka di belakang sebab banyak lagi urusan yang harus saya ceburi. Lakonan masih ada dan kalau berhenti, mereka rindu, katanya.
Pada masa sama, Adi juga menjelaskan mengenai perniagaan agensi pelancongan yang ditubuhkannya sejak 2013 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini dengan membawa jemaah umrah dan haji.
Apa yang boleh saya kongsikan, pada 2013 saya menubuhkan satu syarikat agensi pelancongan menguruskan umrah dan haji sehingga sekarang. Cuma dua tahun itu pandemik, tutup. Tapi, Alhamdulillah dengan kita permudahkan urusan ataupun orang, InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita, dan capaikan hajat dan niat kita.
Itulah permulaan saya dalam bidang perniagaan. Saya banyak di belakang tabir. Saya bukan pembimbing rombongan jemaah, tetapi saya menguruskan pentadbiran agensi saya dan juga yayasan supaya setiap manusia akan sampai ke destinasi mereka untuk melaksanakan ibadah umrah.
Selagi ada Kaabah, selagi itu ada pekerjaan umrah mahupun haji itu harus dilaksanakan, katanya.
Terbaharu, Adi memegang watak Mejar Adnan dalam filem AirForce The Movie Selagi Berny.awa dan diarahkan Zulkarnain Azhar dan Frank See.
Selain Adi, filem aksi itu juga menampilkan lakonan Aiman Hakim Redza, NasT, Sara Ali dan ramai lagi dan akan ditayangkan pada 25 Ogos ini.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.