Kuala Lumpur – Terkilan dengan komen mengguris hati yang ditinggalkan warganet, pelakon Zara Zya, 37, buat pertama kalinya menitiskan air mata ketika sedang bersiaran langsung.
Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia juga mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada orang ramai selepas dihakimi dari segala aspek oleh netizen.
Sekadar info, populariti Zara meningkat naik apabila beliau memenangi banyak anugerah melalui Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012.
Semenjak itu, ramai yang membuka mata terhadap kemampuannya dan membolehkan Zara mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai produksi drama dan filem.

Selain aktif dalam bidang lakonan, Zara Zya juga aktif dalam menjalankan perniagaan tudung, biskut dan sambal yang boleh dibeli dalam talian melalui kaun instagramnya.
Kenapa Tak Kahwin Lagi
Pagi-pagi mungkin mereka membuka mata untuk menyakiti hati orang lain. Tak tahulah kenapa, kita selalunya bangun pagi nak muhasabah diri, tapi ada orang yang buka mata untuk meng.ecam.
Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat.
Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya.
Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya.
“Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” kata Zara.
Zara ditemui di majlis Aidilfitri Civicas Network dan Meerqeen yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota, semalam.
Tegas Zara, kata-kata negatif yang dilemparkan bukan saja memberikan impak terhadap kesihatan mental, malah turut membuatkan dia mengambil pendekatan memencilkan diri.
Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang. Sehinggakan saya patah semangat untuk membuat live dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.
Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu. Malah, saya juga sudah dua bulan berehat daripada berlakon.
“Mungkin selama ini orang sering melihat saya sering ketawa dan sebagainya, namun saya sendiri tidak sangka impaknya sebegini. Mungkin juga masa itu kurang sesuai,” katanya.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.