Kuala Lumpur – Usahawan yang kini tunang pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib iaitu Watie Hanifiah, 35, berkongsi detik indah dilaluinya kelmarin di Instagram.
Buat kali pertama, Watie membuat hantaran foto jarinya bersarung cincin dengan kapsyen yang cukup menggambarkan rasa bersyukur dipertemukan jodoh dengan lelaki pilihan.
Allah timing is perfect every matter. We don’t always understand the wisdom behind it but we have to learn to trust it.
Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya, tetapi kita perlu belajar mempercayainya, tulisnya berserta dua tanda pagar alhamdulillah dan onestepcloser.

Watie Yang Pilih Cincin
Pada hantaran dibuat itu, kebanyakan warga maya mengucapkan tahniah kepada Watie dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, yang bakal diijabkabul pada 23 Jun depan.
Malah, Shuib juga dilihat menulis komen ringkas, Assalammualaikum Tunang iamwatie berserta emoji hati berwarna merah.
“Pemilihan cincin juga menandakan banyak batu kecil-kecil tanda dia memilih seluruh keluarga. Semoga bahagia,” tulis seorang netizen.
Sementara itu, Shuib yang ditanya rakan penyampai segmen Morning Morning Suria, Suraya Borhan berkenaan cincin pertunangan itu berkata, ia adalah pilihan Watie sendiri yang menyifatkannya simple dan cantik.
Berkenaan cincin yang berlingkar macam ulat gonggok itu, Watie yang pilih sendiri. Kami membelinya sehari sebelum majlis pertunangan dilangsungkan kelmarin.
“Saya tidak membeli apa-apa persiapan tunang di Indonesia pun. Saya ke sana baru-baru ini atas urusan perniagaan. Persiapan majlis tunang, beli di Malaysia saja,” katanya.

Selain Watie, Shuib juga ada membuat perkongsian foto mereka bersama empat anaknya di Instagram yang gembira dan tersenyum riang.
“Allah pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak untuk menciptakan sesuatu, maka cukuplah Dia hanya mengatakan kepadanya, jadilah, lalu jadilah ia,” tulisnya yang memetik surah Al Baqarah, ayat 117.
“Semoga Allah mempermudahkan perjalanan kita,” tulisnya lagi berserta emoji hati berwarna merah iamwatie dan tanda pagar iaitu Tunang ShuibFamily.
Jawab Sebab Baju Warna Lain
https://www.instagram.com/reel/Cr-dwTfPO70/?utm_source=ig_embed&ig_rid=d9c561c7-f6b2-4b0d-a523-9719bac0fbcf&ig_mid=578AD120-DF8D-42CF-8C1E-AD5122885B8B
Terdahulu, pada Aidilfitri baru-baru ini, Shuib membawa Watie berhari raya bersama sekali gus bertemu dan diperkenalkan kepada keluarga masing-masing buat kali pertama.
Mereka tampil menggayakan busana sedondon berwarna dan Watie juga dilihat tidak kekok mendukung anak bongsu Shuib, Ayash Affan, 2, berserta tiga lagi anaknya iaitu Uwais Alqarni, 11 Dzahira Talita Zahra, 9 dan Ariq Matin, 7.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.