Skip to content
Skip to content

gempakz.com

Berita Gempak Terkini Buat Netizen

Subscribe
    • Home
    • Hiburan
    • Akhirnya Dato Hattan tampil jelaskan isu temubual live supaya netizen faham

    Akhirnya Dato Hattan tampil jelaskan isu temubual live supaya netizen faham

    Admin Gempakz30 April 2023
    Advertisements

    Kuala Lumpur – Terdahulu, isu ini bermula apabila Hattan menempelak pembaca berita terbabit yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan berkaitan Mael XPDC.

    Hattan dihubungi untuk temubual secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan makan dalam.

    Disebabkan pembaca berita ini kurang arif beberapa perkara berkaitan XPDC, Hattan terus meny.elar penyampai terbabit.

    Malah dia bertanya semula kepada penyampai dengan nada yang tegas agar memberi jawapan yang betul serta mempersoalkan samada membuat kajian ataupun tidak.

    Lebih daripada itu, belum sempat penyampai ini mengucapkan terima kasih kepadanya, Hattan  memutuskan talian terbabit.

    Rakaman video ini yang tular, membuatkan Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin  dianggap sebagai kurang ajar oleh netizen.

    Jelaskan Apa Yang Jadi

    Cerita sebenar di sebalik video tular Datuk Hattan dan pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham terbongkar apabila penyanyi terbabit memaklumkan tidak mengetahui ia adalah temubual secara langsung.

    Perkara ini dijelaskan seorang teman rapat Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok.

    Menurutnya, dia menonton siaran berita Astro Awani kelmarin pada jam 10.40 pagi dan berasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

    Saya terus hubungi Datuk Hattan dan bertanyakan situasi sebenar. Soalan pertama yang saya ajukan, Datuk tahu ke yang panggilan tadi live?.

    Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Datuk tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka call tanya soalan, aku jawab la mcm biasa.

    “Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Datuk Hattan ohh ya ke,” cerita Salimey.

    Menurutnya, dalam pemikirannya tidak mungkin Hattan tidak tahu protokol apabila ditemubual secara langsung di televisyen atau radio.

    Jadi, tidak adil satu kesalahan terus dilemparkan kepada artis seperti Datuk Hattan saja kerana beliau tidak minta ditemubual dalam siaran berita terbabit.

    Sebaliknya penerbit berita Astro Awani harus bersedia dengan soalan-soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit.

    Sementara itu Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan NUJ Farah Marshita Abdul Patah meminta t.indakan memalukan petugas media sama ada oleh orang luar, artis, ahlipolitik mahupun m.enteri harus dihentikan dengan segera.

    Dalam hal membabitkan Astro Awani, NUJ menggesa supaya Hattan bertindak lebih profesional, sekiranya beliau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan, beliau boleh dengan sopan menolak pertanyaan itu.

    T.indakan seperti itu akan memulakan rantaian di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media.

    “Belajarlah saling menghormati dan tunjukkan teladan yang baik terutamanya kepada generasi muda pendirian NUJ adalah untuk saling menghormati,” katanya kepada sebuah portal berita.

    Dalam pada itu, Hattan ketika dihubungi berhubung isuitu enggan mengulas.

    Kredit : HM/FB

    Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

    Post navigation

    Previous: Puteri Sarah Didakwa Pernah Diceraikan Dua Kali Dalam Hidup Oleh Syamsul Yusof
    Next: Akhirnya Dato Yusof Haslam tampil bersuara selepas dikatakan ada atau tidak Ira Kazar datang beraya ke rumah beliau dan ini jawapannya

    Related Posts

    “Kalau Berjaya, Mak Tak Senyum Lagi, Kalau Kahwin, Siapa Nak Datang?” – Luahan Zul Ariffin

    7 June 2023 Admin Gempakz

    Selepas dikatakan ada hubungan dengan suami orang, Fiza Halim tampil dengan beri bukti ini

    7 May 2023 Admin Gempakz

    Akhirnya Didie Alias dedah punca sebenar kenapa arwah rahsiakan sakit jantung yang dihidapi

    4 May 2023 Admin Gempakz

    Leave a Reply Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Recent Posts

    • Akhirnya Yusof Haslam Tampil Bersuara Yang Dia Tak Faham Apa Masaalahnya Dengan Puteri Sarah Liyana
    • Lama Diamkan Diri, Isteri Syamsul Ira Kazar Akhirnya Tampil. Dedah Wajah Seseorang Buat Ramai Terkejut
    • Tahniah. Shuib, Watie Selesai Akad Nikah. Ini Jumlah Mas Kahwin Yang Diberi Buat Ramai Tak Sangka
    • Aksi Bergolek Teruk Elly Mazlein Dikecam Teruk Oleh Orang Ramai,Skali Ini Respon Padu Elly Mazlein
    • Pohon Doa, Anak Datuk Siti Nurhaliza Jatuh Sakit. Ini Keadaan Terkini Aafiyah

    Archives

    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023

    Categories

    • Berita
    • Hiburan
    • Viral
    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Copyright All Rights Reserved | Theme: BlockWP by Candid Themes.