Kuala Lumpur – Tindakan pelawak terkenal, Johan menyuarakan pendapatnya mengenai wanita bertudung dalam satu majlis ilmu baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Kenyataan pelawak yang juga penyampai radio itu mengatakan lebih memilih wanita tidak bertudung, tetapi solat daripada wanita bertudung dan tidak solat dipersoalkan dan menerima komen daripada ilmuan agama.
Penceramah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut tampil mengulas rakaman tersebut dengan menegaskan mendirikan solat dan menutup aurat adalah satu kewajiban yang dituntut oleh Allah SWT.
Jika diberi pilihan, maka janganlah pilih dua-dua. Sebab Baginda Nabi SAW menyatakan pilihlah wanita yang taat agama, nescaya engkau beruntung.
Maka kalam seorang pelakon di perkampungan Sunnah baru-baru ini bagi saya hanya untuk menegakkan benang yang basah.

Tidak solat dosa besar, tidak tutup aurat juga dosa besar,” katanya.
Dalam pada itu, penceramah tersebut turut memohon agar pelawak berkenaan tidak memberikan pandangan songsang dan adalah wajar jika asatizah yang hadir pada program tersebut untuk menegurnya.
Reaksi Dari Johan
Semalam saya menghubungi sahabat saya Johan bertanya berkenaan dengan isuviral yang melibatkan beliau.
Beliau dengan jelas beritahu saya bahawa beliau tidak pernah sekali pun menganggap tidak memakai tudung bagi perempuan itu tidak berdosa. Bahkan beliau sentiasa menggalakkan isterinya untuk menutup aurat.
Saya ingat lagi ketika berjumpa dengan beliau dan isterinya, isterinya menyebut di depan saya:
“Dr, doakan saya kuat untuk memakai tudung. Saya nak sangat pakai. Saya doa supaya saya dapat pergi haji dan balik itu saya akan bertudung, in sya Allah”.

Namunkecaman ustaz-ustaz terhadap Johan bagi saya adalah kerana mereka tidak faham maksud sebenar Johan.
Maksud Johan ialah solat itu adalah perkara terbesar dalam agama selepas syahadah dan ia perlu dijaga walau siapa pun kita.
Kepada sahabatku Johan, harap bersabar dan kita terus usaha menjadi baik dan lebih baik.
Terdahulu, tular rakaman di TikTok mempamerkan Johan memberikan kenyataan dan menjawab soalan yang sering diterimanya berkenaan isterinya yang tidak bertudung.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.