PELAKON Fiza Halim bengang apabila dua anak perempuannya dikaitkan dengan gosip kononnya dia kini sedang hangat bercinta dengan Engku Emran.
Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 42, berkata, wajah anak-anaknya iaitu Ferra Aryana dan Feeya Adyrra bukanlah individu yang dilihat dalam gambar bersama Engku Emran yang tular sebelum ini.
“Tolong hentikan viral dan fitnah. Aku tak nampak di mana serupanya muka anak aku dengan pihak yang dikaitkan itu. Jauh beza sama sekali.
“Dah macam-macam cerita aku dengar orang kata dan tulis. Pada netizen yang mula buat cerita ini, sila merangkak di sana untuk minta maaf kepada aku.
“Jangan pandai-pandai nak sebarkan fitnah dan aibkan orang,” katanya.
Bekas anggota kumpulan Elite itu menjelaskan kekeliruan tersebut di Instagram miliknya selain memuat naik foto terkini dua anak perempuannya bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan.
Gosip mengatakan Fiza dan Engku Emran mula kecoh diperkatakan selepas tular di TikTok foto lelaki itu bersama dua orang remaja yang dikatakan mirip dengan anaknya.
Fiza sebelum ini juga menafikan dakwaan dia kini sedang bercinta dengan Engku Emran dan menjelaskan tidak pernah mengenali lelaki itu secara dekat.
Malah dia juga mengakui terkejut apabila cerita tersebut timbul secara tiba-tiba.
Gambar yang menjadi punca netizen tuduh dia dan Engku Emran bercinta
Tambah Fiza, dia meminta orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian berkenaan cerita tersebut kerana ia melibatkan ahli keluarga yang lain.
“Fikirlah sikit orang ada keluarga. Banyak hati nak kena jaga. Sibuk jaga tepi kain orang dan fitnah bercinta tanpa usul periksa,” jelasnya.
Feera dan Feeya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Fiza dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Fiza dan Farriq bercerai pada November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kemudian dia berkahwin pula dengan penyanyi Adam pada September 2013 namun hubungan mereka juga tidak kekal lama.
Selepas itu, dia kembali berkahwin dengan seorang duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena namun perkahwinan itu juga tidak bertahan apabila mereka bercerai pada Julai 2019.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.