Kuala Lumpur – Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh pelawak terkenal, Jep Sepahtu yang memaparkan dirinya tampil dengan imej baru selepas setelah sekian lama berambut panjang.
Menerusi video tersebut, isterinya yang juga pelakon, Sari Yanti kedengaran begitu teruja ketika menyambut kepulangan suaminya dengan penampilan baru berambut pendek.
Sekadar info, Jep ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013 dan pernah menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.

Dipuji Tak Pernah Menunjuk
Menerusi video yang dimuat naik oleh rakannya, Angah, kelihatan Jep sedang berjalan menuju kenderaannya dan memandu keluar dari kawasan tempat letak kereta.
Namun, lain pula yang menjadi perhatian netizen apabila rata-ratanya terkejut melihat kereta mewah yang dimiliki oleh Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin.
Malah, kenderaan mewah yang dimiliki Jep itu dipercayai bernilai lebih RM 500k dan difahamkan apa yang mengejutkan orang ramai adalah kerana pelawak itu langsung tidak pernah menayang kekayaannya.
Video itu meraih lebih dua juta tontonan itu mengundang perhatian netizen yang memuji dan kagum dengan keperibadian Jep yang tidak menunjuk-nunjuk harta benda yang dimilikinya.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi, ada yang terhibur melihat gelagat pasangan selebriti itu dan ada juga yang memuji sikap pelawak itu yang sangat merendah diri.

Dalam masa sama, netizen juga berbangga dengan pencapaian Jep yang dilihat semakin maju ke depan.
Usaha dan peluang terbentang didepannya tidak disia-siakan sehingga dia berjaya menempa namanya dalam industri hiburan.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nazri telah berkahwin dengan selebriti yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.