Kuala Lumpur – Pelakon Annie Ariffin tampil menegaskan dakwaan dia telah bernikah dengan pelakon dan pengarah AR Badul seperti yang heboh di media sosial sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Annie yang juga merupakan pelakon utama filem arahan AR Badul iaitu Vik2toria Secret itu menjelaskan dia tidak menyangka gosip tersebut bertebaran.
Terdahulu, nama AR Badul kecoh di media sosial apabila didakwa sudah bernikah dengan pelakon utama filem arahannya iaitu Annie Ariffin, namun Badul menafikan dakwaan tersebut.
Tampil Jelaskan Apa Yang Berlaku
Saya akan bawa hal ini ke depan kerana saya dimalu dan difitnah.
“Saya pelik tiba-tiba keluar kenyataan macam ini dari pihak siapa?. Jangan nak kaut untung dengan fitnah dan kenyataan tanpa dari mulut saya sendiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Annie turut mendedahkan gosip tersebut dibuat daripada pihak produksi sendiri bagi tujuan mempromosikan filem arahan Badul itu.
Dalam 2 minggu lepas produser ada bagitahu aku dia dah cakap kat wartawan tulis hal macam ni untuk buat gosip nak promosi filem dia tapi aku tak setuju dan aku minta dia stop bagitahu wartawan jangan gunakan gosip ini untuk promosi.
Dia okey dan beritahu bahawa wartawan mesti ikut cakap dia. Tapi hari ini keluar juga storybodoh dan memalukan aku ni.
“Nak kaut untung jangan jual hal peribadi orang. Kalau kau tahu filem kau tak boleh pergi jauh, jangan sampai guna maruah orang,” dakwanya.
Mengulas mengenai gosip dia telah bernikah dengan Badul, Annie menganggap pelakon veteran itu seperti bapanya sendiri.
“Aku dah malu sebab ramai dah bertanya sebab aku anggap Badul tu macam bapa aku. Tapi hari ini siap tulis nikah terus, apa cerita?,” jelasnya.
Umur Saya Dah 73 Tahun
Pelakon veteran, AR Badul menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan aktres, Annie Arifin.
Badul menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, dia berkata, aktres berkenaan berhak untuk mencari pasangan hidup yang lebih baik daripadanya.
Kongsi Badul, dia juga pernah mendengar dakwaan yang mengatakan Annie merupakan anaknya.
Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Annie anak saya. Berita itu tidak benar sama sekali.
Mungkin Annie boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini. Apabila ada peluang untuk menjelaskan kepada media saya akan menjawab, kalau tiada kesempatan ia akan berlarutan seperti itu sahaja.
Kredit : TV3/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.