Kuala Lumpur – Pada awal Februari lalu, Emma memberi kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.
Menerusi perkongsian yang di muat naik di Instagram, Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 31, memaklumkan bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki.
Sebelum itu, Emma dan suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar memecahkan belon berwarna hitam dan kemudiannya memaparkan jantina kepada bayi yang dikandung aktres berkenaan.
Ramai Mendoakan
Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Rabu.
Berita gembira berkenaan dikongsi suami pelakon berkenaan iaitu Muhammad Shazli Azhar, 35, di Instagram miliknya.
Muhammad Shazli memaklumkan Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, bersalin secara normal dan anak kedua mereka itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.
Alhamdulillah Emma, kita dapat seorang lagi bayi lelaki seberat 3.4 kilogram. Bersalin secara normal, Allah Maha Besar.
“Shariq Gabriel sudah jadi abang sekarang,” katanya.
Muhammad Shazril turut berkongsi video memperlihatkan Emma sedang memangku bayinya itu sambil diperhatikan olehnya.
https://youtu.be/MnU4XVytayA
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.