Kuala Lumpur – Penyanyi Kaka Azraff, 34, selamat melahirkan anak ketiga yang juga bayi lelaki seberat 2.75 kilogram pada jam 6.03 pagi di pusat perubatan di Kota Damansara, di sini, hari ini.
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff berkata, dikurniakan anak lelaki lagi adalah anugerah yang cukup bermakna kerana sekarang dia dikelilingi ramai lelaki dalam hidupnya.
Saya kehilangan bapa ketika berusia 10 tahun. Saya membesar dalam keluarga yang kebanyakannya wanita.
Kurang mendapat kasih sayang daripada lelaki, saya anggap Allah pusing balik takdir itu kepada saya.

Kaka Azraff Selamat Bersalin Hero Ketiga
Saya dan suami sangat gembira dapat anak lelaki lagi. Malah, anak sulung kami pun turut sama teruja. Saya gembira dan terbayang-bayang apabila tua nanti akan dikelilingi ramai hero dalam keluarga, katanya.
Penyanyi lagu Gila itu juga sanggup menahan sakit kontraksi selama tiga hari malah masih meneruskan aktiviti hariannya.
Pada sekitar jam 1 pagi hari ini, barulah dia ke hospital.
Dalam pada itu, Kaka memberitahu tiga hari sebelum kelahiran dia sudah mengalami kontraksi namun masih bertahan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Bagaimanapun pada awal pagi Ahad, dia bergegas ke hospital selepas tidak lagi dapat menahan sakit.

Dari Jumaat lagi sebenarnya rasa kontraksi itu. Tapi saya masih boleh tahan dan sampai semalam pun sempat pergi membuat rias kuku. Tapi, sebelah tengah malam akhirnya tewas dan pergi serah diri di hospital.
“Alhamdulillah, memang lancar sangat-sangat dan doktor pun cakap semuanya baik-baik termasuk bayi. Kali ini saya juga akan tetap berpantang di bawah agensi yang saya gunakan khidmatnya sejak anak pertama,” katanya.
Kaka berkahwin dengan dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018. Pasangan itu sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.