Kuala Lumpur – Pelakon Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu.
Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans, 34, memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Pelakon filem Mael Lambong itu turut melahirkan rasa syukur dan berkongsi rasa teruja di atas kelahiran cahaya mata keduanya.
Sekadar info, Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans merupakan seorang pengacara, pelakon dan model iklan Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pengacara kanak-kanak seawal usia 12 tahun, dan kemudian popular sebagai pengacara rancangan Remaja di TV3.

Namanya tersenarai di tangga ke 72 dalam 100 Wanita Paling Cantik 2020 dalam satu undian yang dilakukan di laman web Starmometer, sekaligus mengatasi beberapa selebriti Hollywood seperti Emma Stone di tangga ke 75, Taylor Swift 76 dan Amanda Seyfried.
Ramai Mendoakan
Kelahiran adalah permulaan paling mendalam dalam jiwa rohani dimiliki oleh seorang wanita. Alhamdulillah, saya kini seorang ibu kepada dua orang anak, katanya.
Menerusi hantaran sama, Juliana turut berkongsi wajah bayi perempuannya itu buat tatapan pengikutnya di laman sosial.
Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah alHajj pada 30 April 2017.

Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.
Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.