Kuala Lumpur – Dramatis Datin Seri Noniswara berkongsi kegembiraan apabila anak tirinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap MK pada pagi Jumaat lalu.
Noniswara atau Noniswara Baharudin, 54, turut berkongsi kegembiraan apabila Siti Hajaar akhirnya selamat bergelar isteri selain mengucapkan tahniah kepada suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana menerima menantu.
Noniswara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.
Sekadar info, Datin Sri Noniswara binti Baharudin adalah seorang penyanyi, pelakon dan usahawan wanita kelahiran Malaysia.
Noniswara aktif sebagai seorang penyanyi sebelum menceburi bidang lakonan. Dia pernah menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus pada tahun 1993 bersama dengan penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti.

Rupanya Isteri MK Anak Tiri Noniswara
Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK, katanya.
Hasil pemerhatian, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang pada malam Sabtu.
Sebaliknya Syeikh Nordin dan bekas isteri Sharifah Hasnah Syed Hussain tampil sedondon memakai baju berwarna maaron selain turut naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.
Pada Julai tahun lalu, Noniswara pernah meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak mempertikaikan dia menggunakan gelaran Datin Seri kerana ada menyangka dia merupakan isteri kedua.
Jelasnya, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang lapan tahun berkahwin dengan Syeikh Nordin dia bukan isteri kedua seperti disangka.

Untuk rekod, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.
Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM 302 dan seutas gelang tangan. Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.