Sabtu lalu berlangsungnya majlis pertunangan Shuib Sepahtu dengan Watie Hanifiah secara tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Apa yang menjadi perhatian kehadiran bapa kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah bersama isterinya turut dipuji ramai.
Menerusi satu video dikongsikan oleh isteri Raissuddin iaitu Siti Farimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder, bapa kepada arwah Siti Sarah itu yang meminangkan Watie buat Shuib.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada entizen yang mendoakan agar urusan pasangan itu untuk melayari bahtera rumah tangga dipermudahkan.
VIDEO:
Dalam pada itu, ramai yang memuji Raissuddin dan isterinya disifatkan mentua yang sangat baik. Malah, ada yang mengatakan itu bermakna bapa mertua Shuib itu merestui hubungan tersebut.
Memetik laporan Gempak, majlis tersebut berlangsung di rumah kediaman Watie di Shah Alam yang turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Shuib meminang Watie dengan membawa tiga buah dulang hantaran dan dibalas dengan lima dulang hantaran daripada pihak wanita.
Antara barangan hantaran tersebut adalah seperti sirih junjung, buah-buahan, sampin, kasut dan manisan.
Sebelum ini, Shuib memaklumkan hubungannya bersama Watie bakal diijabkabulkan pada 23 Jun depan.
Sumber : Rotikaya / XTRA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.