Petaling Jaya – Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman 12 tahun p.enjara oleh M.ahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja SindromDown dikenali Bella.
H.ukuman itu dijatuhi Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dijatuhi h.ukuman pemenjaraan 10 tahun dari tarikh sabitan dan bagi pertuduhan kedua, tertuduh dijatuhi h.ukuman pemenjaraan 12 tahun dari tarikh sabitan.
“Kedua-dua h.ukuman diperintahkan berjalan secara serentak,” katanya.
Selain itu, beliau turut memerintahkan tertuduh menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM 5,000 sebagai tambahan h.ukuman.

Hakim turut memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam agregat yang disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat h.ukuman p.enjara.
Permintaan Dari Pihak Siti Bainun
Saiz badan dan tahap kesihatan dialami Siti Bainun Ahd Razali antara perlu dipertimbangkan oleh m.ahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap pengasas Rumah Bonda itu atas kesalahan mend.era dan menganiaya remaja sindromDown dikenali Bella.
Peguam Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf memohon pertimbangan itu semasa rayuan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi di M.ahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Selain itu, beliau berkata, hukuman ringan seperti denda wajar dikenakan berikutan anak guamnya sudah insaf.
OKT seperti semua sedia maklum, bersaiz besar di samping masalah kesihatan lain yang dialami OKT. Saya percaya h.ukuman pemenjaraan lama akan memberi impak terhadap kesihatan beliau.
“H.ukuman pemenjaraan yang terlampau lama boleh diganti dengan h.ukuman denda seperti mana termaktub di bawah kedua-dua pertuduhan dihadapinya,” katanya.
Beliau berkata, jumlah jaminan yang dimasukkan bagi menjamin kehadiran beliau di m.ahkamah termasuk kos tambahan adalah mencukupi untuk membayar denda maksimum jika dibenarkan ma.hkamah.
Selain itu, beliau juga memohon m.ahkamah mempertimbangkan kerja sosial Siti Bainun dalam bidang kebajikan dan kesukarelawan.
Kredit : HM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.