Kuala Lumpur – Semalam, pelakon terkenal, Rita Rudaini memaklumkan anaknya sulungnya, Rayyan Rizqin telah dirawat di hospital selepas mengalami kec.ederaan patah tangan kanan.
Menurut Rita, insiden tersebut berlaku selepas sehari anaknya itu pulang ke sekolah asrama setelah cuti hari raya.
Sekadar info, Rita Rudaini Mokhtar merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau membintangi banyak drama TV tempatan.
Biarpun agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem Mami Jarum Junior hingga memberikannya pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke18 pada tahun 2004.
Moga Cepat Sembuh

“Episod satu. Kejadian minggu lepas. Hari pertama sekolah selepas cuti hari raya. Isnin hantar ke sekolah, Selasa dah patah tangan,” tulisnya.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu belum mendedahkan punca sebenar anaknya itu terlibat di dalam kemalangan tersebut.
“Sebab? Bersambung episod dua. Terima kasih kepada yang mendoakan Rayyan dan terima kasih hospital tampin,” kongsinya lagi.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kerasnya Takdir itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Sementara itu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram Stories pula, Rita akui kurang senang dengan tindakan segelintir pihak bertanyakan soalan-soalan sensitif mengenai kec.ederaan anaknya itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, ramai beranggapan ia berkait rapat dengan bekas suaminya.
Jelas Rita, dia kini sudah bahagia bersama anak-anak dan tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.
Sikit-sikit nak tag arwah. Sikit-sikit tanya si polan datang tengok ke?’ Adoi, sudah-sudah la tu. Korang pun. Kenapa? Sebelum ini pernah nampak arwah berjasa atau buat apa-apa jasa untuk diorang?.
“Tak ada kan. 14 tahun dah. Dah berbulu dan berjanggut. Jadi, tak payah la. Nak bersua pun nantilah. Bersua di akhirat. Itu pun kalau dapat cari. Kami dah cukup bahagia dan tenang sekarang,” tulisnya.
Menjelaskan ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkhabaran tersebut selain turut mendoakan semoga Rayyan lekas sembuh seperti sedia kala.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada tahun 2008.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada September 2013.
Kredit : MH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.