Kuala Lumpur – Pelakon Amar Baharin memaklumkan keadaan kedua-dua anaknya yang dijangkiti penyakit Tangan, Kaki dan Mulut HFMD berada dalam keadaan terkawal.
Menurut Amar yang juga suami kepada pelakon dan pengacara, Amyra Rosli itu, anak-anaknya kini di kuarantin di wad bagi mengelakkan penyebaran virus dan memudahkan urusan doktor bagi memantau mereka.
Bermula dengan Anaqi yang demam pada Isnin lalu, Amyra terus mengambilnya di sekolah untuk direhatkan di rumah. Petang hari yang sama, Aryssa pulak demam.
Semoga Cepat Sembuh
Selepas empat hari, keluar tanda-tanda merah di tangan, muka dan sedikit di kaki Anaqi.
Jadi, pada mulanya kami suspek demam campak. Namun apabila dibawa ke hospital, doktor sahkan HFMD.

“Dalam pada itu, hari yang sama, Aryssa pun keluar tanda-tanda merah di kaki dan dalam mulut,” katanya.
Amar menjelaskan dia dan Amyra tidak mempunyai sebarang komitmen kerja buat masa ini dan dapat memberikan tumpuan buat dua orang anak mereka yang berada di hospital.
Anaqi dan Aryssa sudah dimasukkan ke wad selama tiga hari. Mereka masih lagi berada di bawah pemantauan doktor untuk rawatan lanjut.
“Alhamdulillah buat masa ini saya dan Amyra tidak terikat dengan jadual kerja sejak anak-anak di masukkan ke hospital. Jadi tumpuan dan fokus diberikan sepenuhnya buat mereka berdua,” katanya.
Berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, Amar menasihatkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa memantau keadaan anak-anak bagi mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit.
HFMD ni adalah penyakit berjangkit jadi ibu bapa perlu sentiasa pantau keadaan anak dan kenal pasti tanda-tanda awal pada seluruh badan terutama dalam mulut.

“Bertindak sebelum penyakit merebak dengan lebih teruk. Untuk kebaikan bersama Insya Allah,” katanya.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.