Kuala Lumpur – Pelawak Ali Puteh kini aktif dalam bidang perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak dan minyak wangi sebagai cara menambah pendapatan beliau.
Ali atau Syed ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia juga tidak menyangka sambutan diberikan pelanggan memandangkan hanya menjual menerusi video siaran langsung di TikTok.
Tawaran Berlakon Kurang, Ali Puteh Rancak Berniaga
Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini.

Saya ambil pendekatan membuat jualan di laman sosial sebab saya ada anak kecil dan lebih mudah menggunakan laman sosial untuk berniaga.
“Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ali berkata, meskipun sudah kurang dapat tawaran berlakon namun dia tetap bersyukur dapat menceburi bidang perniagaan.
Malah dia kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka kedainya sendiri tidak lama lagi.
Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan.
Insya Allah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi, ujarnya.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.