Kuala Lumpur – Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu sebelum ini menerima kecaman lantaran bergolek sakan di pentas Big Stage baru-baru ini.
Aksi tersebut dilakukan Kak Lina sebagai protes dia kononnya telah tersingkir daripada program realiti tersebut selepas mendapat dua markah daripada juri tetap, Ajai.
Segelintir warganet kurang senang dengan aksi tersebut dan ada yang menyifatkan ibu kepada dua orang anak itu terlalu mencuba untuk berjenaka di atas pentas.

Malah, aksi tersebut juga dikatakan kurang sesuai untuk wanita di usianya serta status sebagai isteri dan ibu.
Reaksi Dari Kak Lina Pom Pom
Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein tidak mengambil hati dengan segala kecaman dan kritikan negatif yang dilemparkan segelintir warganet di sosial media.
Sebaliknya, jelas Elly atau lebih popular disapa, Kak Lina, dia gembira sekiranya kontroversi atau isu sensasi melibatkannya turut membuat segelintir warganet sakan bergembira juga.

Meriah ya Kak Lina dengar di sosial media. Tak apa, Kak Lina tak ambil hati. Asal warga sosial media gembira, Kak Lina pun gembira je
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.