Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia memang terkenal sebagai rakyat yang sangat penyayang baik pada manusia dan juga haiwan.
Ada sahaja insiden s.eksa haiwan tidak kisah apa jenis haiwan, mesti laju sahaja yang bertindak dalam membantu atau melaporkan kepada pihak berwajib.
Baru-baru ini, tular dan hangat diperkatakan apabila selebriti Aaron Aziz melakukan sesuatu yang agak sukar diterima oleh netizen dan juga pencinta haiwan.
Tindakannya meletak seekor ular di atas sangkar yang berisi anak kucing buat netizen tak senang duduk.

Ramai berpendapat tindakannya meninggalkan trauma terhadap anak-anak kucing tersebut. Bahkan, pendapat itu disokong oleh Persatuan Haiwan Malaysia.
Kenyataan Dari Persatuan Haiwan
Aksi meletakkan ular sawa berdekatan kucing walau dalam keadaan bersangkar boleh menyebabkan kucing ketakutan melampau memandangkan ular dan kucing adalah dua entiti pem.angsa dan m.angsa.
Akibatnya kucing akan mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau m.usuh berdekatan.
Aron aziz mungkin tidak memahami bahawa negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedahkan dengan b.ahaya.
Terkandung dalam 5 Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada b.ahaya dan ketakutan melampau.

Manakala Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 seliaan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia pula menggariskan setiap haiwan liar seperti ular sawa perlu mempunyai Lesen untuk memiliki haiwan liar dan mengadakan persembahan atau tayangan umum sama ada di jalanan atau media sosial.
Kesemua undang-undang haiwan yang dirangka di Malaysia ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kehidupan haiwan sama ada domestik atau liar terpelihara sesuai ketamadunan negara yang menuju ke arah kemajuan minda kelas pertama.
Aron Aziz adalah dinasihatkan supaya lebih peka dan sensitif dalam mengendalikan media sosial miliknya apabila melibatkan haiwan domestik dan haiwan liar.
Diharapkan perkara seumpama ini tidak berulang dan perlu diperbaiki segera.
Kredit : R/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.